Nuffnang Ads

Friday 21 April 2023

Pregnant journey

Ha tengok la appointment tiap minggu..haha save sini buat kenanganπŸ€ͺ


Tarikh las 8/8

Due 15/5/2022

Serah diri 1/5/2021

38w = 1/5/2022

Deliver baby boy 2/5/2022

Induce balloon✅

Induce pil 1/2 ✅

Induce drip✅

🚼🚺🚼🚺🚼🚺🚼🚺🚼🚺🚼🚺


🟠23/4 bsp‼️

πŸ”΄24/4 review doctor bsp‼️

25/4 37week‼️

πŸ”΄25/4 klinik desa 9am‼️

πŸ”΄1/5 hosp serah diri‼️


πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄


5/9 4weeks

12/9 5w

19/9 6w

26/9 7w

3/10 8w 

10/10 9

17/10 10

24/10 11

31/10 12

⛔️⛔️⛔️4/11 1st bleeding (3/11 balik kg)

7/11 13

14/11 14

21/11 15 (22 kd) (buat buku)

28/11 16 

5/12 17  mnum a.gula

13/12 18 

πŸ”΄(13/12 kd-bsp8am-12am-5pm-9pm)

πŸ”΄(15/12 11am kk-doc)

🟠(18/12 bsp)

πŸ”΄(19/12 kk-doc)

20/12 19 

🟠 (26/12 bsp)

29/12 20

πŸ”΄( 29/12 kd 8.30am )

πŸ”΄( 29/12 kk-doc 11am )

⛔️⛔️⛔️ 1/1  3rd bleeding (blik kg 28/12)

🟠(3/1 bsp)

πŸ”΄ (4/1 kk-doc )

5/1 21 

⛔️⛔️⛔️6/1 4th bleeding

🟠 (8/1 bsp )

πŸ”΄ (9/1 kk-doc )

12/1 22

πŸ”΄ (12/1 kd 10am) 

🟠 (15/1 bsp )

πŸ”΄ ( 16/1 kk-doc )fbc-hb

19/1 23

🟠 (22/1 bsp )

πŸ”΄ (23/1 kk-doc ) (insulin 6,8,8,6)

🚼26/1 24 

πŸ”΄ (26/1 kd 10am) (kk ubat)

🟠(30/1 bsp)

31/1 25 12w

πŸ”΄(31/1 kk-doc) fbc-hb, bsp, urin test

⛔️⛔️⛔️spotted coklat 8/2 

7/2 26 11w

πŸ”΄(kd 10am) 

πŸ”΄(9/2 kk-doc) scan spotted

🟠 (12/2 bsp)

πŸ”΄(13/2 kk - doc) bsp, fbc-hb,urine

14/2 27 10w

🟠(19/2 bsp)

🚼21/2 28 9w

πŸ”΄21/2 (kd 10am)

πŸ”΄23/2 (repeat scan kk-doc, hba1c, bsp, ufem,fbc, 9pg

28/2 29 8w

🟠5/3 bsp

7/3 30 7w

πŸ”΄7/3 (kd 10am)

πŸ”΄8/3 kk kuala bsp,ufem,hb

14/3 31 6w

πŸ”΄21/3 kd 2pm

🟠21/3 bsp

🚼21/3 32 5w

πŸ”΄23/3 kk doc-fbc, bsp, ufem, allergi

🟠26/3 bsp

πŸ”΄ 27/3 kk rv bsp/ ufem sblm 10..

28/3 33 4w

πŸ”΄31/3 gm dietition 9am off insulin +met

4/4 34 3w

πŸ”΄4/4 kd 9pm

🟠5/4 bsp

πŸ”΄6/4 kk rv bsp + rv htaa

🟠10/4 bsp on met

πŸ”΄11/4 rv bsp

11/4 35 2w

πŸ”΄14/4 gm dietition 8am

πŸ”΄17/4 kk -fbc‼️❌

πŸ”΄18/4 kd 9am

🚼18/4 36 1w

🟠19/4 bsp 

πŸ”΄20/4 kk kuala-doc rv bsp+fbc


❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌


Kncing kotor

  1. 20/9
  2. 7/11
  3. 26/11
  4. 6/1
  5. 24/1
  6. 9/2
  7. 14/3
  8. 26/3


Admit hosp 28/4-2/4 uti


Scan 8/2

Baby girl

700gm 26weeks

PP type 2-3

Spotted coklat

Pregnancy yg ke5


Baby aidan


kisahnya setahun da hormon x stabil..doc kata punca stress..pkp mana x stress oii..kat rmh pon makan tdo je..jadi ummi pon bersenam la..berbasikal pusing taman..berskipping dgn abg ammar konon nk abg ammar kurus..(boleh scroll bwh sket je tgok abg ammar bersenam😝)makan pon yg sihat2 je..salad..walaupun diketawakan babah..sedap pe salad😝..lepas sihatkan diri terus lekat baby no 5.. start taw +ve terus rasa tak sihat..


Ingatkan xsihat sekejap je..rupenya 9bln jugak terlantar..buat buku pon lambat sebab alahan lama..15week baru buat buku..misi kata da lambat sangat


Buat buku lambat sebab x boleh bangun nak drive..n sbb alahan teruk..mkn order food panda n halo je..

.

Rupenya bila checkup kk hb low..n ada gdm..mgkin sbb hb low la kot x boleh nak bangun..kepala jadi pusing..rasa nak pitam..badan selalu lemah..

.

Sepanjang pregnn hb x naik2..duduk kat 8-10 je..gdm plak smpai kena cucuk insulin 4unit..6-8-8-6..+ ubat metformin 2 tablet..kadang tu nak drive amik kakcik kat tadika kena hypo..dapat minum air manis segar sket badan..terus cepat2 balik..sebab badan da xlarat tahap apa tah..jalan beli barang pon kena seret kaki..

.

bleeding plak 4x sepanjang pregnn..sbb uri bawah..sampai 28week baru naik..jadi bleeding sbb jln jauh..n balik kg..las balik bln 1..ni da dekat 6bln x jmpe family..da serupa pkp la plak😫😒😭..


Dugaan pregnn kena gatal2 teruk 1 bdan..kes alahan ubat antibiotik..tiap malam menggaru..kalau berpeluh lagi kuat menggaru..pergi dr..dr pon x bagi ubat pape..jadi menggaru je la sampai bersalin..2bulan jugak la..skrg ada saki baki sket..ada hari menggaru jugak teruk..


Kena kencing kotor sebulan skali..atau 2bln skali..yg paling teruk demam menggigil sampai x boleh bernafas..sampai muntah2..kena drip berulang2 kali..las kena warded kat htaa kuantan..actually nak check in kpj..tapi kpj pas ke htaaπŸ₯Ί..merasa la naik ambulans..merasa la dok ward 6hr..ward emergency 1malam..ward medical 1 hari..ward biasa campur dgn pesakit makcik2 + lelaki perempuan..da nak maghrib baru dapat duduk wad obgyn..dok la situ sampai 5hari..malam 1 ramadhan baru lah dapat discharge..

.

Duduk htaa dr suruh off kan insulin..n off ubat gdm..so dgn gembiranya la ummi off semua ubat..mana taknya..asal check gula je hypo..kt ward ummi makan makanan hosp je taw..habis plak tu..rasa sedap naw..padahal menu biasa je..siap package tawarπŸ˜‚..tiap kali hypo misi suruh makan makanan manis..adeh..makanan manis banyak je 1 laci..tapi tak sentuh langsung..sudahnya keluar ward pon makan dgn gembiranya..haha pantang makan masa buat bsp je..ngam2 keluar da bulan puasa plak tu..memang makan sedap je hari2..yg best nya sesejak off insulin badan rasa segar sket..sihat je rasa..

.

tapi masa serah diri barulah taw baby kecik je..sian baby..keluar 2.3kg..mesti terkenan baby2 kat htaa..sbb mulut dok tegur kenapa baby kt sini semua kecik2..ha kan da kena kat baby sndiri..kalau x sebelum tu berat baby naik ok je walaupun bercatu mkn..berat ummi turun sampai 53kg dari 58kg..n x naik2 berat sampai bersalin..skrg tgh struggle naikkan berat baby..inshaAllah..

.

Berat ummi skrg berapa? x turun banyak pon..48kg je..jumpe la angka 48kg balik sebelum kejadian ummi ke angka 58kg masa pkp😝😝..harap lepas pantang ni x naik la ke angkat 58kg balik..


Hari2 berskipping..

Semangat berskipping hari2


Oh no double line😱


Drip lagi dan lagi..

Gambar lain da x jumpa..haha..k daa


Solat Sunat Tahajjud

 

Solat Sunat Tahajjud

Ψ¨ِΨ³ۡΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ Ω±Ω„Ω„Ω‡ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ۡΩ€Ω…َΩ€ٰΩ†ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ِΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€ΩŠΩ…ِ

Ψ§َΩ„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ وَΨ³َΩ„ِّΩ…ْ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ³َيِّΨ―ِΩ†َΨ§ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

.

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

.

.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

.

.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud

 .

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

.

.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.

a)

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

.

.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud

.

.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.

.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud

.

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. 

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.  

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. 

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!  

.

.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.

.Memudahkan Bangun Solat Malam

.

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

.

وَΨ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒَΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡


#Copypaste dari syafiqolbu.wordpress

 



Monday 4 May 2020

Saat kelahiran anak ke-4..Adelia Syifaa

Adelia Syifaa

alhamdulillah baby ke4 lahir 23/1/2019..jam 1.45pg..2.9kg hari ke 7 baru ummi n babah dapat nama baby..Adelia Syifaa..

sepatutnya tarikh 22/1/2019 ummi kena serah diri kat hosp utk di induce..sbb ada gdm on metformin..alhamdulillah x jadi induce sebab baby x sabar nak keluar..masuk wad jam 5 petang..jam 12 malam da tolak ke labor room..baby lahir jam 1.46 pagi ..delivery normal..berjahit jugak sbb umminya lupe terus skil2 nak beranak🀦🏻‍♀️

alhamdulillah😭 akhirnya berakhir sudah kepayahan n keperitan kesusahan mengandung..5 bulan alahan..sampai berat drop..nasib baik masa raya da kumpul berat siap2😝da habis alahan baru je nak makan berselera ada gdm pulak..terus kena tahan makan..da bersalin..isi pon xde ni..kurus kering sebab gdm on diet xbleh makan banyak2πŸ˜ͺtiap2 minggu kena repeat bsp..sbb gula tinggi..ni mmg baby manis yg keluar ni..tu sbb gula x maw turun..hai la baby manis..

masa dapat taw pregnant betul2 masa seminggu lagi nak raya..sbb asyik sakit perut..angin..check mmg +ve..masa raya plak keje tido je siang malam..tak tercelik biji mata ni..😝biasa la awal2 pregnant..alahan plak sampai 5 bulan..xlarat nak hadap..babah plak bz keje asyik shift siang je dari start habis raya smpai bulan 10..sakit2 pon ummi layankan je la rutin pergi ambil anak pergi sek..petang pergi kafa..

Time baby nak deliver tu 21hb petang da rasa ngilu sket2 bawah perut..cik ann asik ckp kt en somi baby nak keluar esok ni..tp sakit die just gitu2 je..ngilu2 je..macam confirm tak confirm je baby nak keluar esok ni..

cik ann da batuk seminggu lebih..memang teruk..so sepanjang malam memang layan batuk je..masa ni tetiba contraction datang..tp still yg boleh tahan..x sakit langsung pon..kalau pergi hosp pon mungkin dalam 1cm sj..tapi dari malam sampai subuh contraction datang dalam 5,6 kali jugak la..macam bagi hint kat cik ann baby nak kluar dah..yeay..tak payah induce

     (fyi cik ann ada gdm on metformin da kena 2 tablet 500mg..so cik ann kena serah diri sebelum 38weeks..22hb genap tarikh baby 37weeks 6days dalam perut..so nak tak nak kena serah diri n induce)
.
22hb bangun subuh cik ann cakap kat en somi..babah ummi da sakit ni..baby nak keluar da..en somi diam je..haha muka macam caya tak caya je tu..die ingat cik ann takut nak kena induce la tu..so pg cik ann relax2 je..contraction pon x kerap macam malam da..baby tido kot..petang baru nak serah diri..tunggu abang kakak balik sek dulu..

    tengah hari, time makan tengah hari sakit da datang kuat sket dari malam tadi.. cik ann macam biasa buat smile breathing..tu je cara nak bagi lega contraction kuat..tp still contraction yg boleh tahan..anggaran da 2cm..(base on pengalaman anak 3 dulu la kan😝)
da masuk ruang check up..nurse check memang 2cm pon..(see cik ann kabo da kanπŸ’πŸ»‍♀️ hihihi) n contraction pon xde..nampak sangat baby tengah tido..doc scan anggaran baby dalam 2.9 ke 3kg saja..sama la macam abg kakak die..(tp abg kakak 2.9 tu da 39-40weeksπŸ€”) yg tak best tu doc2 pelatih perempuan ni godek2 perut scan2 sket punye lama..sampai tertidur2 cik ann..
.
ok skip sampai malam..tepat jam 10pm nurse datang nak bagi ubat clear usus aka ubat yak2..da setel baru la contraction datang kerap.. cik ann catit dalam notes je..tak download pon contraction tracker..
.
10.16 start check contraction
10.38-22min
10.47-9min
10.53-6
11.02-5
11.10-8
11.18-8
11.22-4
11.29-7
11.34-5
11.40-6
11.46-6
11.50-4
11.54-4
11.56-2
11.58-2
12.02-4
.
jam 12 cik ann nak ulang alik toilet pon da seram..sebab contraction die da start sakit kat punggung n cik ann da tak bape tahan nak buat smile breathing..otw back dari toilet datang contraction yang sakit masa jalan..nak buat smile breathing pon da kelaut..so cik ann terus lajak pergi kat nurse suruh check jalan..nurse ni godek2 kemain plak..adoi check ve je pon..nurse ckp 4-5cm..die kata balik katil makan dulu baru die tolak pergi labor room.. cik ann da makan pukul 11+ tadi..makan kurma 3biji..so cik ann just minum air n kemas barang je la..tak dan habis kemas nurse da datang nak bawak pergi labor room..aik kejap sangat..
.
masuk labor room 12.25am
sempat tukar seluar bersalin..pakai tudung..stokin n baju putih operate..hand sock..so x sejuk sangat la sbb da complete pakai baju berbanding kalau cik ann x bawak pape cik ann just pakai baju operate yg terdedah belakang tu je..sejuk oii labor room..da la baju tu kaler putih..dalam2 da tanggal awal2..nasib malam ni xde doc laki bertugas..nurse pon x persoalkan kite nak pakai semua tu..alhamdulillah..tp cik ann minta izin jugak nak pakai seluar bersalin tu..takut die tak bagi kan..
.
contraction start 12.25am-1.00am berjalan lancar..just keep smile breathing..zikir lailahaillaanta subhanaka inni kuntu minazzolimin..tp start jam 1 cik ann da tak tahan nak kosongkan pundi..menganggu oii..tapi nurse just kata ok je..sebab yg buat prosedur tu semua doc..mungkin doc bz..nurse just cakap tunggu kejap..start jam 1 tu jugak la ramai pulak yang ikut turn bersalin..meriah kejap labor room..sampaikan tengah2 sakit contraction boleh plak contraction stop sebab dengar orang sebelah menjerit..πŸ˜…πŸ˜‚ baby terkejut dengar kot..hahaha..
.
disebabkan bladder tengah penuh..so contraction cik ann terganggu..nak tahan contraction kena tahan rasa nak terkucil skali..sampai la cik ann rasa seluar da basah..bila cik ann bau tu bukan bau kencing..air tu takde bau..rupenya ketuban pecah sikit-sikit jugak..baru cik ann teringat..nurse n doc skip prosedur bersalin kat cik ann .kalau tak dulu doc pecahkan ketuban and kosongkan pundi dulu sebab nak cepatkan proses bersalin..
.
1.40..start 1pg tu cik ann da start rasa contraction kuat..breathing kelaut..baru nak buat smile breathing..terus menahan nafas sbb kuat sangat contraction..tahap yang cik ann da berguling atas katil sampai sipi lagi nak terjatuh..tangan da genggam tilam sebab tu je yang boleh dipegang masa ni..n cik ann terus bunyikan bell emergency sebab nak suruh kosongkan pundi..doc datang tengok cik ann da tak keruan tahan contraction doc cakap "puan, puan jangan macam ni nanti jatuh" masa ni cik ann terus jerit.."baby nak keluar da ni..saya nak teran da ni" spontan cik ann cakap masa sakit teruk tu..padahal rasa gesa nak meneran tu baru datang sikit.. cik ann pon x sure baby da nak keluar ke..haha
.
doc tu terus lari panggil en somi..bila masa en somi datang pon xtaw..yg pastinya masa tu nurse tengah kosongkan pundi..nurse terus suruh cik ann teran..cik ann pon tak taw la biol ke ape ..cik ann terus meneran..dengan tak angkat kepalanya..pegang kaki pon tak..buka mata pon tak..cik ann just sempat buka kaki je..lagi sekali die suruh teran barulah cik ann teran bebetul..tapi tangan just sempat pegang seluar..bukannya pegang kaki betul-betul..habis hilang semua skill beranak🀦🏻‍♀️
.
cik ann dengar nurse cakap minyak ada tak..minyak kelapa dara tertinggal dalam kereta pulak.. cik ann rasa la kulit tengah tegang tahap max yang tak boleh meregang lagi dah..huwaaa..lagi sekali cik ann tak berkesempatan nak rasa pantang tanpa jahit tanpa koyak..😭πŸ˜ͺ masa teran tu pulak tangan nurse dok menolong sama keluarkan kepala..tangan tu menganggu cik ann nak teran je..😭 teran yang pertama nak bagi kepala baby betul2 kat laluan..teran yang kedua nak keluarkan kepala baby..boleh pulak masa tengah teran yg 1st nurse suruh stop kejap..then samb teran..masa stop pon tak sempat ambil nafas die suruh terus samb teran..eh2 kelam kabut cik ann nak meneran..keluar je kepala baby hilang serta merta semua sakit..then keluarkan badan baby plak..
.
habis je teran nurse letak baby atas perut.. cik ann suruh en somi tengok laki ke pompuan..haha kot baby nk buat surprise yg keluarnye laki ke..tapi gigirl la..lepas tu jadilah adegan jait menjait..en somi ada masa ni..tgh azan baby..4x kena cucuk jarum..doc kata bagi bius..masa injit tu kemain sakit..rasanya yg die cucuk tu kecutkan rahim..macam biasa la ayat banyak lagi ke jait mesti ada..lepas ckp je macam tu terus bidan sudah jait..eh kejap je..

lepas doc bawak baby keluar kejap die masuk balik n baby die letak dalam baby coat.. cik ann x boleh nak tido dok terintai2 baby buat apa..da dekat sejam baru ada nurse masuk..so mintak baby nk nyusu..baru la die bagi baby..x lama tu doc dtg nk seluk dlm ada tertinggal apa2 x..baru doc letak tangan da menjerit..adoi sakit x leh bincang..rasa tegang nk koyak balik pon ada..sudahnya doc x check pon..pukul 4 baru die tolak masuk wad balik dgn baby..rasa lega sgt baby dapat tido skali..tp doc kata baby kurang gula sket..klu ok x hypo baru bleh check out..esoknya tgh hr da check out..tu pon cik ann pening xtaw baby da kencing ke blom..kencing die xde kaler..adoi huru hara

tapi 24hb kena warded balik kuning tinggi..mesti sbb cik ann makan ikan goreng kunyit kat hosp n mkn blackpepper smpai kan kuning tinggi..masuk ward kena 2 photo.. cik ann stay kejap je pastu cik ann tinggal..esoknya cik ann dtg tgh hari pastu stay dari 6.30 smpai 8.30mlm..esoknya cik ann dtg awal sket pg..tp tgh hr da boleh klua..alhamdulillah

da petang baru boleh bawak balik..alhamdulillah..n start la my berpantang journey..sminggu kt kemaman..seminggu kat melaka..hari ke 19 da hantar kakak pergi sekolah😡 ammar je x sekolah sebab sekolah die jauh..lebih 5km..alhamdulillah semua dipermudahkan..

Adelia Syifaa
nama Adelia kakaknye yg bagi sbb katanya dekat2 dgn nama dia Auliya..n gara2 sebut nama cousin die salah..kazennya nama dahlia..kakak sebut adalia..terus nama adelia di bagi kat adiknyeπŸ˜…..Syifaa pula cik ann bagi nama sbb terstalk artis nama syifa..😝

hai assalamualaikum..nama saya Adelia Syifaa..
fresh n hot from the oven..baru klua dr perut ummi..
putih2 atas kepala pon ada lagi ni..

dalam hari ni..hari2 teman ummi anta kakak abg pi school

baru habis pantang..pipi dak tu da layut..
   
dalam hari..sembang ape dgn kakcik tu..

lesung pipit 2 belah

jalan2 tepi pantai..si bulu mata lentik ala che ta..

budak solehah ni..

aha dak omel da setahun 3..pic time pkp..mulut laju da sebut macam2..
air-ayie..mak-die panggil nenek die mak
tatak-kakak..abang..babah..buk-busu..πŸ˜†..acik-acek..atok-atuuk..
nak..kipas..pas-panas..kak-bukak..toto-tido..ompat-lompat..
akut-takut sambil tepuk dada😝..ejut-terkejut..
kalau suruh kira 1 die sebut ua-dua..suruh sebut tiga..
die terus sebut epat-empat..πŸ˜†..
doa makan pon pandai ikut baca..tp allahumma je betul..
yg lain die sebut ana..ana..je smpai habisπŸ˜†πŸ˜†
macam2 lagi la perkataan die da pandai..
ummi je die xpandai lg nk sebut😭








link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~