Nuffnang Ads

Tuesday 11 September 2012

PENDARAHAN SEMASA HAMIL!

        Banyak sebab kenapa wanita mengalami pedarahan faraj semasa hamil. Ada wanita yang mengalami pendarahan ringan terutamanya pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi? 

Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?

Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah dari hamil janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3. Hamil di luar rahim(Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ia berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4. Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal yang membesar dengan cepat. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5. Ketumbuhan pada pangkal rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

6. Placental Abruption

Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.


7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekiranya berlaku pendarahan

8. Tanda bersalin

Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mucus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.


HB Rendah Ketika Hamil Bahaya!

            HB rendah atau juga Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin




Punca kurang darah:


Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

  • Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi 
  • Ibu yang kerap bersalin 
  • Jangkitan cacing 
  • Pendarahan dari faraj atau buasir 
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

  • Kelihatan pucat 
  • Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah 
  • Rasa mahu pitam bila bangun 
  • Sentiasa rasa pening 
  • Bengkak kaki dan muka 
  • Kebas kaki dan tangan 
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

  • Anda mungkin mengalami keguguran 
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan 
  • Anak mati dalam perut 
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan 
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit 
  • Keluaran susu badan akan berkurangan 
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung 
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin 
  • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:
  • Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit 
  • Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu 
  • Rehat dengan cukup 
  • Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah. 
  • Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
copy paste..

Tuesday 4 September 2012

GROWTH SPURT

Assalamualaikum..

     Entry kali ni mungkin ramai yang tidak tahu..dan tidak pernah dengar langsung..sama la..saya pun tak pernah dengar sehingga la baby meragam..penat yang tidak terkata melayan kerenah baby..almaklumlah kan anak pertama..

                                                                      (gambar hiasan)

     TETAPI saya dah berniat nak susukan baby full sehingga 6 bulan dan nak teruskan sehingga 2 tahun..so saya bertahan jugak..penat satu hal..patah pinggang pon satu hal sebab risau kalau menyusu sambil berbaring terlelap sekali then jadi benda2 yang bukan2 kan..Minta dijauhkan..

     Situasi ni bermula sewaktu baby berusia 2 minggu..baby tiba2 je menyusu lama..owh penat tak terkata..dari jam 6 ptg sehingga 12 mlm..dan ianya berlarutan sehingga 2 minggu..penat memangla penat sehingga la saya merujuk satu page di fb..(lupa pulak nama group)..yang memberitahu ianya normal..baby mengalami gejala Growth Spurt..

Apa itu Growth Spurt?

Growth Spurt adalah bayi mengalami peralihan bulan dan ianya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kepada bayi.

Tanda-Tanda

  1. Demam
  2. Meragam
  3. Selalu tido lena..tiba-tiba tidak mahu tidur
  4. menyusu lama
  5. tabiat berubah 360 deg
Penyelesaian

Gejala ini adalah normal bagi semua bayi..bayi yang menyusu formula juga akan mengalami simptom yang sama. Seperti tiba-tiba tidak mahu menyusu. Apa yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu adalah meneruskan penyusuan susu ibu kepada bayi dan jangan sesekali berubah kepada susu formula ataupun yang menyusu formula jangan sesekali campurkan susu formula dengan nestum..Bayi bawah umur 6 bulan tidak boleh diperkenalkan dengan makanan lagi ye!
Bersabarlah dengan kerenah bayi.. gejala ini akan berlalu jua..so layannnn..

wasalam..


MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL BAHAYA?

         Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang isu kali ini, boleh atau tidak ibu menyusukan anak ketika hamil? Ramai yang berpendapat ianya memudaratkan bayi yang dikandung, ada juga yang berpendapat ianya akan menyebabkan bayi kekurangan nutrisi. Betul ke? Jom kita selidik dengan lebih mendalam lagi!

       American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

         Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

          Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

          Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

           Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

            Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.


Sunday 2 September 2012

MITOS TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU


MITOS...

Seringkali ibu-ibu yang menyusukan bayi ini terpaksa mendengar nasihat-nasihat yang tidak betul dari masyarakat sekeliling yang tidak arif tentang penyusuan. Penyusuan penuh selama 2 tahun mungkin sukar bagi sesetengah ibu, lebih-lebih lagi yang bekerjaya. Namun berbekalkan ilmu pengetahuan beserta semangat , azam dan tekad untuk menyusukan bayi insyaAllah semuanya akan berjalan dengan sempurna.. Mari kita lihat mitos yang seringkali disogokkan oleh masyarakat sekeliling.


1)  MENYUSU BADAN SAHAJA TIDAK CUKUP UNTUK BAYI!
  • Tidak betul! Seseorang ibu mampu menyusukan bayi secara penuh sehingga 2 tahun. Dengan mengambil kira cara pelekapan bayi di awal penyusuan, pemakanan ibu, isu susu merudum, dan isu tidak ada susu semuanya boleh diatasi dengan merujuk kepada PAKAR LAKTASI!! bukan doktor ye ibu-ibu kerana ada sesetengah doktor yang bukan pakar laktasi akan memberi nasihat yang bertentangan!

2)  TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
  • Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yg pekat.
  • Mungkin juga ada diantara ibu-ibu yang mengalami pengalaman bayi asyik menangis dan tidak kenyang pada bulan pertama. Gejala ini dinamakan Growth Spurt atau org melayu sebut peralihan bulan. Bayi akan menyusu lebih dari kebiasaan. Tetapi tidak perlu risau ianya akan berlaku 2-3 hari atau mungkin lebih dari seminggu.

3)  BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DISETIAP PAYUDARA
  • Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20 minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
  • Atau mungkin ada orang tua-tua yang menyebut sebelah kanan adalah makanan, sebelah kiri minuman. ops itu lagilah mitos, yang adalah hindmilk dan foremilk.

4)  BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
  • Salah!! susu ibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi iaitu 88% !

5)  BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
  • Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.

6)  IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
  • Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.

7)  MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
  • Berapa byk susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor paras tekanan si ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.

8)  WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Sekiranya ibu dan anak masih mahu, penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil kerana puting terasa sakit atau atas sebab-sebab lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab untuk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.

9)  JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Ibu perlu menghentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.

10)  LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
  • Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul. Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yang teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~