Nuffnang Ads

Tuesday 16 July 2013

Pic family Vacation to Bali July 2013

Jom layan pic kami ke bali 14-18 July 2013....

nama tempat dah lupe..hihi...















ok lah..chow chin chi







Fakta tentang susu ibu...


Fakta Menarik Mengenai Susu Ibu

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Subhanallah… Maha Suci Allah…Hebatnya ciptaan Allah.
.
.
.
.
.
copy paste..

Jaundice / Baby Kuning !

#sharing from facebook tentang jaundice / kuning.







Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) dan Exchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH...

Wassalam.

seminggu berpuasa...

salam..

                 hari ni genap seminggu berpuasa..n setelah hari ke tujuh ni la aku terlajak sahur..celik2 mata da jam 6...huwaaaaa..ni semua pasal si kecik tu la..dok layan die main sampai jam 2 pagi...hhuhu..haruuuuuu..da la semalam x minum banyak..berbuka pon just makan mee rojak..alhamdulillah sekarang da jam 6.45ptg..lagi berapa minit je nak buka..n yang kesian nye si kecik tu x dapat nyusu..da bagi botol die nak lagi umi die nye..terpaksa la aku pujuk die tido dalam buai..klu x lagi la aku lembik..kesian kat adik die..adik tunggu kejap je lagi..ok..

                  da masak lauk sup n meehun goreng..lepas masak rasa x larat la plak..mujur dak comel tu da gi main kat lua..so cepat la sket aku masak..huuhuhu...k la chow chin cheeee....

p/s cik abg double shift hari ni..1st tyme jugak makan sorang...

Saat kelahiran puteri sulung ku..Part 2..

salam..

sambungan k.. Part 1 baca SINI

2hb Februari 2012 (Khamis)

          Jam 1 ++ Tyme kena tolak ke LB tu rasa cam pelik sket..men pusing2..ikut mana la die bawak..siap naik lif bagai..padahal dekat je LB tu..n biasalah da smpai tu die pasangkan CTG..nak dengar jantung baby..tyme ni aku da sakit sangat mmg da xleh berdiri..so aku meronta sakit ke kanan..dr tu kate jangan pusing ke kanan..denyutan baby x dengar..kan ade bunyi beep..beep kan..tp nak wat mcm mn..mmg da sakit sangat..

           N memang setiap kali sakit tu aku meronta kuat sangat sampai rasa nak terjatuh dari katil..sampai nurse kate awak ni dok betul2 sket..kang jatuh karang..katil die plak mmg x hingat die punye tinggi..palang die plak alahai..serupa xpayah dok kat situ..x membantu langsung..n tyme ni die punye sakit sampai kan tahap nk pengsan x sedarkan diri..means..klu org tgok..mata pon nmpak putih je..da x nmpak kaler hitam..tyme ni aku baca doa nabi yunus je la.." Lailahailla anta subhanakainni kuntu minazzolimin " maksudnye tiada tuhan selain Allah sesungguhnya hambamu ini tergolong org yg zalim..

          X lama lepas tu datang dr ke midwife ntah pecah kan air ketuban..bunyi die plup..cm cucuk belon..n tiba2 klua air hangat byk..kuyup kain aku..da la bilik beraircond..sejuk tahap melampau..dengan kaki terdedah n basah..kain basah pon die biar je aku pakai..aku mintak selimut haram nak kasi..takut sangat kotor..tahan je la sampai ke sudah..

          Tyme bertarung ni aku rasa mcm nk terkucil..1st2 leh tahan lagi..da x tahan tu aku cari la button nk panggil..mak ai..sket punye tinggi..so nak tekan ni aku kena la bangun sket..dengan susah payah nye aku tekan..tekan sekali wat dunno..tunggu jap tak dtg2 aku tekan lagi..x lama pastu dtg la midwife die datang..dtg2 dok sergah org tanye nak ape..amboi..tanye la elok2..org tgh sakit ni..aku pon ckp la baik2 nak terkucil..terus midwife tu ckp elok2 ngn aku..

          Lepas proses klua kan urine da selesai..midwife tu kate..da tyme bersalin ni..then die panggil nurse len soh panggilkan en shah yg da 2 jam tunggu..tyme tu aku tgk lagi 5 minit jam 3 pagi..die inject sumthing kt bukaan tu..pastu da x rasa sakit da..n rasa nak tido yg amat..padahal tadi segar je..die suruh aku teran sket..aku pon ikut je la arahan midwife tu..

         En shah masuk..tyme ni rasa panas yg amat..muke da berpeluh2....2x jugak midwife tu kate cuba teran..ingatkan teran biasa2..rupenye da soh kuakan baby..aku pon teran la main2..kali pertama fail..sbb xtaw pon its tyme kn..kali kedua pon fail sbb salah step..tarik nafas xlepas..kali ketiga sempat terlelap kejap..kali ni semangat sket coz en shah kate da nampak kepala..n midwife tu pon kate pandai teran..die kate jgn lama2 relax..klu ade gesaan tu terus teran..aku nak merasa gesaan tu sket pnye lama..tp x rasa..last2 aku teran jugak..midwife tu suruh aku pegang betis..aku tarik nafas then push..tyme rasa nafas da habis...tarik nafas sket lagi n push..

          Alhamdulillah..tu la perkataan yang aku sebut bila baby da kuar..n alhamdulillah jugak midwife tu sebut doa nabi yunus byk2 bila baby da kua..xde la baby tu dengar perkataan yang bukan2 bila kua kat dunia ni kan..n lepas nurse balut baby die tunjuk kat aku girl ke boy..n 1st word aku ckp bila tengok baby..cantiknye baby..sbb nampak bulu mata die melentik..n sgt comel..n tyme da letak kat baby cot..nurse tu plak ckp comel sbb nmpak lesung pipit..

k la sekian..kang aku tulis merapu2 lagi..lagi panjang plak..huhu...

Baby berat 2.52kg..rambut kemain lagi..

5hari berkampung dlm wad kena on antibiotik 
n dok bawah lampu...

baby gugirl kiut..
babah die shopping sorang2 beli baju gugurl kaler pink sebab 
semua baju beli kaler biru n hijau je..huhuhu

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~