Nuffnang Ads

Friday 26 July 2013

Cheesetart

Cheesetart 
Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Sumber resipi : Azlita Aziz - Blog Masam Manis
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan :
290g tepung gandum
170 gm majerin atau mentega
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
1 sudu teh asen vanilla

Cara-cara :
Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam petiais selama setengah jam. Canai dan terap dengan acuan yg sesuai. Masukkan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu dan simpan dalam petiais selama 15 minit. Bakar pd suhu 170 darjah hingga garing.

Cream cheese filling
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor (saya pakai gula halus)
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanilla
inti jem atau fruit filling secukupnya

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Masukkan sedikit jem atau fruit filling ke dalam crust dan tutup dgn cream cheese filling. ( nak mudah, guna piping beg) Jika suka bleh hias atas tart menggunakan sedikit filling atau sedikit adunan cheese yg diwarnakan. Bakar selama 5-10 minit pada suhu 170 C. Bila permukaan tart terasa kering dan tidak melekat bila disentuh, bleh la dikeluarkan dr oven. Tart akan 'jatuh' (collapse) jika dibakar terlalu lama.

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~