Nuffnang Ads

Tuesday 22 April 2014

Breastfeed dan berpuasa cara cik Ann!!~

Salam..

Kali ni cik ann nak share tips cik ann sendiri dalam menangani isu breastfeed baby ketika berpuasa..best sebenarnye kalau dapat breastfeed time puasa ni..best sebab orang yang breastfeed baby ni selalunya period die delay lama..ada yang berbulan2..ada yang sampai setahun lebih..so yang bestnye dapat la puasa penuh kan..

Setakat ni cik ann da 3 tahun dapat puasa penuh..haaaa tipu le tew...x baik taw tipu-tipi ni..oklah..oklah..lepas kawen bln 3..2011..cik ann da pregnant kan..puasa tyme tu bulan 7..so cik ann da 4 bulan da tyme tu..mujur tyme tu cik ann da melepasi bulan morning sickness..teruk sebenarnya morning sickness..tapi masuk je bulan pose cik ann da boleh puasa dengan sempurna..cuma muntah tiap2 hari la..sekali je sehari..tapi tetap boleh teruskan puasa ok..tapi ponteng 2 hari..sebab demam n risaukan keadaan baby..actually kalau teruskan pon xpe..selagi x memudaratkan diri sendiri dan juga baby...

Tahun kedua kawen..baby da 5 bln plus2..so cik ann dapat pose penuh uollss..seronok x terkira..macam dapat piala emas..at the same tyme cik ann tetap susukan baby macam biasa..mujur la 2 minggu puasa si kenit da 6 month so da boleh makan..jadi die kurang sket susu..sebab waktu menyusu tu da diganti dengan waktu makan..yeay!

Tahun ketiga..sangat mencabar...kandungan 6month plus2.. Plus..menyusu si kakak yg tyme tu da setahun 6 bln..si kakak still nak nyusu..ada la 3kali dapat nyusu..tu pon tyme nak tido...n cik ann sekali lagi dapat puasa penuh! Yahoooo! Chis nampak sangat kecik2 x pernah pose penuh...ahaha...

Petua?

Berbuka..

1. Time buka minum banyak air...air ape? air ape2 sume cik ann bedal...tp bukan susu..sebab kalau susu perut jadi mual..sebu n cepat kenyang..so kesimpulannya minum jus bebanyak k..

2. Mkn kurma banyak2..sebab ape..kurma bagi tenaga..so badan da x larat tu boleh jadi bertenaga balik..cik ann siap boleh gi terawih bawak perut boyot n dukung kakak gi surau...n of kos la bagi booster susu..

3. Ni untuk siapa yg larat..tyme buka makan nasi..kalau perut da terlalu full.. makan selepas terawih..wajib! Sebab apa..perut da seharian kosong kan..utk yg menyusu or pregnant wajib la makan makanan kabohidrat..plus vitamin2 yg lain tu..maklumla tyme puasa makanan yg mengarut n x berzat banyak..so kesian kat diri sendiri n baby x dapat zat yang seimbang...plus kalau esoknya terlajak sahur masih boleh teruskan puasa..xde la cengelat nak ponteng..amaran! Cik ann pernah terlajak sahur tyme perut boyot n tyme nyusu kakak ye..so pls teruskan jika mampu...

4. Siapa yg amalkan supplement like shaklee..vitamin c..spirulina..susu watever susu..sila patuh pada arahan aturan makanan ye..jangan cengelat!! Bila nak makan?? Selepas berbuka..sebelum tido..n selepas bersahur k..

Sahur

1. WAJIB makan Nasi! Nasi! Nasi! Sebab ape..perut nak berlapar seharian dik non oii...sian kat baby yg nak nyusu or dalam perut tu.. Lauk..haruslah ade protein, sayuran..dsb..
N petua yang cik ann amalkan..no too spicy food..santan..or masam..perut cik ann sensitip sket..kalau terlalu pedas of kos la nanti sakit perut kan..kalau santan..die membuatkan perut bekerja lebih..n mulalah perut jadi x sedap..kalau masam pulak..nanti terlalu banyak asid dalam perut..so kalau nak jugak makan berserdehana lah...

2. Kurma..makan la seberapa banyak yang termampu...sebab ape..kurma paling lambat dihadam dalam perut..yg best nye kalau makan ni perut sentiasa rasa full n bertenaga..so penting ye makan kurma...

3. Air..selalu cik ann minum air 3 gelas..1 gelas air milo..1 gelas esp..1 gelas air kosong...kalau tyme pregnan cik ann minum susu anmum flavor manggo tu..sedap sket n x muak..

Cik ann sempat minum esp tu tahun kedua je..tyme tahun pertama cik ann x taw kewujudan shaklee..tahun ketiga pulak da habis..cik abg x kasi beli..tapi tetap berjaya mengharung sebulan pose ye...



4. Wajib lewatkan sahur..Memang wajib bukan sunat lagi dah..tapi jangan la lewat sangat sampai makanan semua kena telan x sempat nak kunyah kan...ekekekeke...

Tips utk mom yang pam susu ketika berpuasa..

1. Pam sebelum sahur.. So that kalau haus still boleh minum kan..
2. Pam seawal pagi..
3. Pam waktu tengah hari..
4. Pam waktu petang..ha ni in case kalau susu still ade boleh je kot nak pam..tapi tekak mintak nyawa lah..kekeke...

So mom before pumping session doa lah agar dipermudahkan..diperbanyakkan susu..semoga anak kita dapat membesar dengan sihat hendaknya..amin..
Semoga berjaya semua!

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK BABY...

CARA YANG BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

1)  Anak berada dlm keadaan selesa
- Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.


2)  Makanan yg sesuai
- Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu

3)  Tidak terlalu panas
- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu

4)  Bersabar
- Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa

5)  Jaga kebersihan
- Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit

6)  Pastikan bayi  betul-betul lapar ketika itu
- Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan

INFO PENTING!

Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.
Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…

Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

- Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

- Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

- Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

- Buah-buahan Citrus:
{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.


- Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

- {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

- Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

- Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

- Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan
- Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun

Monday 21 April 2014

Makanan pertama saya!

Bayi Dan Makanan Pejal
Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: April 18, 2012

Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.

1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. 
Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.


.................................................................................

Salam..ok sumber dari pama ye..mak2..ibu2 mesti excited nak bagi baby 1st food die kan..kalau yg bukan fully bf tu mesti da berapa banyak da baby tu telan makanan..jangan yunk..silap bagi buat naya je..ilmu parenting tu penting..kalau rasa was2 dengan nasihat mak2 kita..or org sekeliling..apa kata beli la buku parenting kan..paling mudah pon rajin2 lah mengoogle..pastikan info yg betul ye..

Anak da masuk 2 ni pon bukannya teror sangat..kena jugak mentelaah..memang memories totally lost langsung pasal 1st food bagi solehah dulu..yg ingat 1st tyme dok suap die dulu susu ebm..licin die minum..kiki..pastu x ingat da bagi ape..yang pastinya auliya tak boleh makan bubur blend dengan carrot..memang sembelit la jawabnye..n no salt aka garam till 1 year ye adik kakak..

muke budak kiut minum susu ebm pakai sudu..kemain lagi..huhu

.................................................................................

Bila dok google2 rupanya 1st solid food yg baby seawal 6 bln boleh makan adalah...

"Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi yang dimasak sendiri.

Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijirin dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak sejuk. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Cara yang mudah ialah mencuit sedikit campuran bijirin dengan hujung jari dan suakan kepada bayi...."

Sumber dari baby centre...

..............................................................................

Lain2 info..

1. Test makanan hanya pada waktu pagi sahaja..reason..kalau malam x ke naya kalau ada reaction allergic...
2. Teruskan makanan untuk 3-4 hari untuk sesuaikan makanan dengan perut sebelum mencuba makanan yang lain...
3. Kenalkan makanan secara berperingkat..bukan sumbat semua sekaligus ye mak2
4. Elakkan makanan yang boleh mendatangkan reaction allergic atau makanan yang tidak boleb diberi pada bayi..lihat entry seterusnya..
Itu sahaja buat masa ni..all the best to mom n baby..apa yang penting kerjasama!


adik da ready nak makan...

muka budak tengah makan bubur blend sawi, ikan, kismis, n kurma..
licin makan..


link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~