Nuffnang Ads

Wednesday 13 April 2016

Senaman untuk mudahkan bersalin!..

Senaman untuk mudahkan bersalin..

selama ni cik ann ada buat beberapa senaman..tapi selalu je skip huhu..cik ann baru 36 minggu..ni dah anak ketiga plak tu..so cik ann sengaja la skip takut terberanak awal..ni pon selalu jugak cik ann rasa braxton hicks..n check up isnin lepas nurse bagitau baby da masuk laluan..so dah tak lama dah tu..

selalunya cik ann buat senaman kegel..berjalan..senaman squat..n senaman lantai pelviks..banyak lagi rupenye senaman yg kita boleh buat..contohnya..

1. Angry Cat..
buat position seperti merangkak..regangkan badan ke atas dan ke bawah dan bernafas la dengan tenang...

cara ini bagus untuk meregangkan badan dan otot..membantu menguatkan otot perut dan mengurangkan rasa sakit belakang...



2. squat..
membantu menguatkan paha dan membantu membuka lantai pelvik..
caranya..
  • kaki dibuka 
  • rendahkan badan hingga separuh badan..seperti memasang kekuda..
  • tegakkan pinggang..bukan membongkok..
  • tangan di tegakkan ke depan..
  • punggung selari dengan lutut dan bukannya lebih rendah..
  • ulang sehingga 8x..



3. senaman kegel..
untuk dapatkan kulit yg anjal..dan mudahkan bersalin tanpa jahitan..

Cara-caranya ialah:
  • Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu tahan kencing (jangan gunakan otot perut tau)
  • Tahan selama 2 hingga 3 saat
  • Lepas perlahan-lahan dan rehat
  • Buat sebanyak 25 kali tiga kali sehari. Yang bestnya senaman kegel, ia boleh dilakukan ketika menonton tv, keika membaca dan sebagainya tanpa ada sesiapa pun yang menyedarinya

4. cobbler pose
membantu membuka lantai pelvik dan melonggarkan sendi pinggul..ianya juga membantu meningkatkan postur dan melegakan sakit belakang..
Caranya..
  • duduk dan temukan kedua2 tapak kaki..
  • kekalkan posisi berikut beberapa ketika
  • pegang kedua2 kaki dan tunduk sedikit ( sekadar yg mampu)
  • kekalkan posisi berikut beberapa saat..
  • boleh diunjurkan badan ke depan kiri dan kanan..
(lihat video)

ok cik ann undur diri dulu..daaa

wasalam..

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~