Nuffnang Ads

Monday 7 March 2016

URUT BERSALIN..

Assalamualaikum,

Mama ingin bercerita pasal urut bersalin. Berurut semasa dalam pantang amat digalakkan bagi ibu-ibu, tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga ,memulihkan kembali otot-otot yang lemah, membuang angin dalam badan ,memulihkan kembali saraf-saraf yang mengembang dan melancarkan perjalanan darah.Urutan boleh dilakukan selepas 3 hari bersalin atau 5 hari selepas bersalin.Urutan tidak diberikan sebelum 3 hari bersalin kerana pada waktu itu badan wanita masih lemah dan boleh berlaku masalah deman atau pendarahan selepas berurut. .Nauzubillah




Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin samada 3 hari atau 6 hari atau 9 hari ,tetapi Mama cadangkan urutlah paling kurang 3 hari.

Cara mengurut wanita bersalin pula adalah berbeza-beza , ada yang mulakan dengan posisI ibu meniarap dan ada yang memulakan dengan posisi ibu telentang.

Persiapan sebelum mengurut

I ) Sebelum mengurut hendaklah bertanya kepada ibu samada masih ada darah atau tidak,kalau ada darah masih banyak atau sedikit.Kalau pendarahan berlaku dengan banyak iaitu lebih dari dari 5 pad sehari maka pesakit ini tidak boleh diurut. Seeloknya jumpalah doktor untuk mendapat rawatan lanjut.

Tapi kalau tiada darah atau darahnya sikit sangat pun, buatkanlah pemeriksaan lanjut dibimbangi ada block dalam rahim.

ii)Tanyakan juga samada ada ambil ubat tahan sakit sebalum bersalin.Bagi para ipesakit yang ada ambil ubat tahan sakit ,urutan tidak akan member kesan pada para ibu.

iii) Baringkan telentang pesakit ,rasa dulu perutnya dibimbangi ada darah beku, jika terasa seperti ada ketulan, maka eloklah ditungkukan dahulu.

iv) Para ibu yang bersalin masih boleh berurut tetapi selepas 7 hari melahirkan.

v) Tidak boleh melakukan sengkak pada usia kelahiran yang dekat seperti pada usia 3 atau 4 hari tapi boleh di sengkak pada usia kelahiran 40 hari.

Cara urut bersalin
POSISI TELENTANG

1) Urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat.Kemudian urut dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30 minit.Semua urutan hendaklah menghala ke pusat.

2) Urut di bahagian buah dada ,urut kearah aroela dengan perlahan dan picit perlahan di bahagian aroela untuk melancarkan pengeluaran air susu.

3) Urut di bahagian tangan , dengan mengurut dari bahagian ketiak ke jari tangan.

4) Urut dari bahagian kaki ke peha

5) Kemudian sapukan param


POSISI MENGIRING KANAN

1) Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang badan.Di bahagian belakang badan buat urutan brputar lawan jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari punggung ke leher.

2) Kemudian sapukan param.

POSISI MENGIRING KIRI

1) Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang.Di bahagian belakang badan buatkan urutan berputar lawan jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari punggung ke leher.

2) Kemudian sapukan param.

KEPALA

1) Buat urutan dari tulang dahi ke bahagian kepala

2) Buat urutan dari pertengahan dahi ke bahagian sudut kepala kiri dan kanan

3) Kemudian letakkan pilis

Akhir sekali pakaikan bengkung

wallahuallam

copy paste..

ps: kt melaka saya mengurut dengan sorang makcik ni..urut lepas bersalin..n lain2 jenis urut pon boleh..cth urut nak kasi hamil..laki bini pandai mengurut..laki die urut laki je lah..utk patah dan sbg nya..

kt kl: saya mengurut dengan nenek hubby..mmg urut org postnatal..

tganu: saya urut dengan pn wanti..

3..3.. ni memang recommended!

.

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~