Sudahkah kita mempunyai tamar/kurma dirumah?
Nabi shallallallahu 'alaihi wa sallam bersabda bahawa rumah yang tidak ada kurma didalamnya, penghuninya dikira sebagai dalam kelaparan. Tidak kira bertapa banyaknya makanan lain dirumahnya...
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَجُوعُ أَهْلُ بَيْتٍ عِنْدَهُمُ التَّمْرُ
"Tidak akan kelaparan, penghuni bagi rumah yang ada disisi mereka tamar/kurma" (HR Muslim no. 2046)
Ketahui dan yakinlah, bahawa dari kalam nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, bahawa Kurma ajwa adalah kurma nabi, kurma terbaik, makanan dari Syurga dan juga adalah ubat bagi racun/penyakit didalam badan kita.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
الْعَجْوَةُ مِنَ الْجَنَّةِ وَفِيهَا شِفَاءٌ مِنَ السُّمِّ
"Kurma Ajwa adalah dari Syurga, dan didalamnya terhadap penawar bagi racun" (Sahih, Ibnu Majah no. 3453)