Nuffnang Ads

Friday 31 August 2012

Ekzema

Apa itu Ekzema?




             Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.

             Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas berusia 3 tahun. Tetapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup. Mereka dengan masalah Ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah alergi lain, seperti Asma atau Alergi Hidung atau Resdung.

            Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Ekzema juga tidak berjangkit, tetapi boleh diwarisi melalui keturunan.

Punca Ekzema
 

Doktor tidak mengetahui dengan tepat punca Ekzema, mungkin disebabkan abnormaliti (kepincangan) sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu (seperti filaggrin) yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.

Eksema boleh terjadi di sebabkan beberapa perkara berikut:-
  • Alergi terhadap sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci, barang kemas.
  • Alergi terhadap persekitaran yang menyebabkan reaksi alergi seperti tersilap makan.
  • Perubahan suhu atau kelembapan.
  • Stres atau tekanan perasaan.
Tanda-tanda Ekzema
  • Kulit kering, merah dan gatal-gatal. Penampilannya berubah atau variasi dari orang ke orang.
  • Kadang-kadang, Ekzema boleh menyebabkan kulit melecet dan luka berdarah.
  • Ekzema juga boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Menggaru berulang kali boleh menyebabkan klit menebal dan berkerak.
Ekzema biasanya berlaku pada wajah, leher, dan di bahagian siku, lutut, dan pergelangan kaki. Pada bayi, ekzema biasanya terjadi pada dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala, dan leher.

Cara merawat Ekzema

Tujuan utama rawatan adalah untuk mencegah gatal-gatal dan inflamasi (radang).

Perubatan selalu berdasarkan pada usia individu, status kesihatan secara keseluruhan, dan jenis atau tahap keparahan keadaan eksema nya.

  • Krim kortikosteroid kadang-kadang terpaksa digunakan untuk mengurangkan reaksi inflamasi (radang) pada kulit. Jika keadaan gatal sangat parah, antihistamin oral boleh diberikan. Dalam beberapa kes Ekzema yang akut, dos singkat kortikosteroid oral (seperti prednisone) disyorkan. Walaubagaimanapun penggunaan jangka panjang tidak digalakkan disebabkan oleh beberapa kesan sampingannya.
  • Terapi sinar Ultraviolet (fototerapi).
Rawatan di Rumah
1.     Menjaga kulit dengan krim emollient (seperti Aqueous Cream yang boleh didapati di kebanyakkan farmasi) yang mengandungi kadar air yang rendah dan kadar minyak yang tinggi serta tidak mempunyai pewangi dan pewarna.
2.     Disarankan menggunakan krim emollient ini sebaik sahaja selepas mandi untuk menyekat kelembapan daripada hilang. Jangan kedekut krim, sapukan dengan banyak atau tebal-tebal. Jika kegatalan agak kronik, campurkan sedikit krim kortikosteroid dan gaulkan dengan krim emollient sebelum disapu pada badan.
 

Cara Mencegah Ekzema

Meskipun tidak ada ubat untuk Ekzema, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengurangkan keparahannya.

  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam
  • Gunakan sabun yang lembut, tiada bau dan buih
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, detergen, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekema.
  • Memakai baju longgar
  • Penggunaan kompres dingin untuk mengawal kegatalan.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan reaksi alergi.
  • Bersenam, meditasi, atau pengurusan stres-teknik dapat membantu mereka yang stres
  • Memakai sarung tangan pelindung untuk kegiatan yang memerlukan sering perendaman tangan dalam air;
  • Mengelakkan aktiviti yang membuat anda panas dan berpeluh serta perubahan mendadak pada suhu dan kelembapan;
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur, kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan kerengsaan
  • Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain.

Vitamins dan Minerals untuk Ekzema

Vitamin A penting untuk:-

  • Kulit sihat, halus dan lembut.
  • Pertumbuhan tulang
  • Perlindungan dari selaput lendir di hidung, sinus, kelopak mata, mulut, tekak, perut dan saluran pencernaan, paru-paru, vagina dan rahim
  • Sifat antioksidan
  • Sistem kekebalan tubuh
Vitamin A boleh diperolehi daripada lobak merah, aprikot, labu, cili merah, brokoli, sayuran berdaun hijau, mangga dan ubi jalar, dandelion hijau, kale, susu, mentega, keju, kuning telur dan hati, tuna, mackerel, ikan-hati minyak

Vitamin C penting untuk :-


  • Pembuatan kolagen kulit
  • Antioksida untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh
  • Melawan Jangkitan
  • Membantu penyembuhan luka
  • Melawan jangkitan bakteria
Vitamin E penting untuk :-
  • antioksida
  • penyelenggaraan sel yang sihat
Inositol penting untuk
  • kulit dan rambut yang sihat
 


Sunday 5 August 2012

Induce Lactation ( Khas buat ibu yang ingin menyusukan anak angkat )

Artikel ini ditujukan khusus kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat dan berusaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat.


siapa nak adopt baby comel ni??

Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah perkara mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak sebelum itu. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun begitu ini tidak boleh menjadi penghalang untuk ibu-ibu angkat berusaha untuk menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk tujuan menjadikan anak itu mahram kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Jack Newman di dalam bukunya, “The Ultimate Breastfeeding Book of Answers”, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu dari ibu susuan.

Hukum Wanita menyusukan anak angkat.

Perkara ini telah dibincangkan oleh Majlis fatwa kebangsaan. 
Syarat- syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak yang perlu dipatuhi adalah:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;

b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi (kenyang) ; dan

c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

lihat sini untuk info lebih lanjut.


Adakah susu akan terhasil bagi wanita yang tidak pernah mengandung?

Untuk pengeluaran susu, dua hormon yang amat diperlukan iaitu prolactin dan oxytocin. kedua-dua hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar pitutari dan bukannya kelenjar ovari atau organ rahim (uterus)

Sementara hormon estrogen yang sangat diperlukan untuk mengandung atau mungkin dibekalkan pil perancang keluarga adalah hormon yang menghalang pembentukan susu.

Prolactin adalah hormon yang digunakan untuk menghasilkan susu sementara oxytocin pula adalah hormon untuk mengeluarkjan (release) susu Ibu. Hormon Oxytocin adalah hormon yang dikeluarkan akibat ransangan kepada puting (niple sucking)

Ini bermakna jika seorang wanita tidak mengandung atau rahimnya bermasalah disebabkan penyakit atau telah dibedah/dibuang proses hysterectomy, wanita itu masih lagi mampu mengeluarkan susu ibu sendiri.


Bilakah induce lactation harus bermula?

Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha untuk mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula 6 bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Kes yang pernah terjadi kepada seseorang yang mengambil anak angkat dan melakukan proses induce lactation sebulan sebelum kelahiran bayi angkatnya. Pada hari bayi dilahirkan ibu sebenar tidak mahu menyusukan bayinya (sedih sekali!) dan terus menyerahkan bayi kepada ibu angkat pada hari kedua bayi lahir… Ibu angkat berusaha menyusukan anak angkatnya walaupun kuantiti susu masih belum mencukupi! Namun beliau berjaya mencetuskan susu ibu untuk diberikan kepada bayi angkatnya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada 3 fasa:

Fasa 1: makan pil yang dinasihatkan oleh doktor untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

Fasa 2: memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

Fasa 3: beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Apa yang perlu ibu lakukan?


1. Susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaiknya susukannya sekurang-kurang selama 6 bulan pertama hayatnya.

2.Ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Jadi “didik”lah otak supaya ia mahu bekerjasama dengan kita utk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi kita.

3.Latih bayi menyusu terus dari payudara ibu untuk meningkatkan rangsang ke atas payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS (rujuk rajah) boleh digunakan.

4.Jangan perkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, sebaiknya beri menggunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting.

5.Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Kesannya payudara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan.

6.Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenalpasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut. Namun begitu ibu harus kuat, tabah dan yakin bahawa “susu ibu makanan terbaik bagi bayi”.





Medela Supplemental Nursing System™ 


credit to drzubaidi / momschoice

Friday 3 August 2012

Kebaikan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun


Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yang banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi
  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

Thursday 2 August 2012

Relaktasi..Susah ke?

Assalamualaikum wbt..

Kali ini saya ingin share kisah seorang ibu yang berjaya relaktasi untuk menyusukan anaknya..Semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada ibu-ibu diluar sana..Bukan senang nak senang..Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..

sedihnya saya tak dapat susu ibu..wwooooaaa.... ;'(

Kisah ini saya copy paste dari Kaunselor Farah Farhan..Blog Sara kids..(share ye sis)..
Untuk sesi temujanji kaunseling penyusuan, sila email pada farahfarhan@gmail.com 


Ibu bernama Puan Shahirah ini begitu tekad untuk melakukan relaktasi demi anaknya tersayang..Langkah pertama yang dilakukan..Sediakan jadual untuk mengikuti perkembangan..



Ini jadual penyusuan Puan Syahirah.

Lihat, 7 hari beliau memerah susu setiap 3-4 jam tanpa setitis pun hasil. Di tanda – bermula awal April hingga 9 hb April. Tapi tiada putus asa. Teruskan. Saya tau ianya bukan mudah lebih2 lagi melibatkan emosi apabila melihat hasil KOSONG. Oh…


10 April, tarikh bersejarah! Titis susu mulai keluar! Alhamdulillah! Ini kerana badan Pn Syahirah telah menerima signal dari proses pemerahan susu (stimulasi dan permintaan) untuk meransang hormon prolaktin (hormon menghasilkan susu).  Saya tahu apa perasan beliau ketika itu! Daripada ragu2 dan antara percaya atau tidak… beliau semakin YAKIN untuk melakukannya demi anak tercinta.

Ini hasil pertama pada hari ke 7/8 relaktasi. Magic bukan? Alhamdulillah


Dari 10 April hingga 26 April hanya titis2 susu keluar dan menurut Pn Syahirah, beliau mula2 memberi susu pada anaknya menggunakan sudu  Dan tanpa rasa mahu putus asa, beliau teruskan rutin. Dan produksi susunya makin meningkat ke 0.5 oz- 1 oz- 2 oz…  Tak tahulah macam mana nak ceritakan betapa gembira dan penuh kesyukuran..


Hari ke 30 relaktasi – 2 oz (24 jam) 


Wah! Kental! Itu sahaja yang saya boleh kata pada saat itu!

Bukan itu sahaja, malah ketika Syahirah dan keluarga mengerjakan umrah (bayi di Malaysia), beliau masih meneruskan rutin memerah susu dan proses relaktasi. Hari demi hari..


Daripada setitis, pada bulan ke 2, inilah hasilnya!  Alhamdulillah! 


Pada 27 Jun 2012, produksi susunya (siang) adalah 19.5 oz (lebih banyak berbanding saya!!!) hehe.

What can i say? Except for Alhamdulillah…

Anda, kalau Pn Syahirah boleh lakukan, mengapa tidak anda?

Sedikit tips:

1) Yakin. Jika ibu tidak yakin, ianya agak sukar. Maksud saya, once dah buat keputusan untuk relaktasi, bertabahlah walau apa pun dugaan.

2) Berjumpa dengan kaunselor/pakar/doktor yang benar2 boleh membantu ada dalam program relaktasi. Ianya penting.

3) Pengambilan sebarang supplemen/ubat mestilah mengikut perskripsi dan nasihat daripada doktor. Ini penting untuk membolehkan anda tahu apa yang berlaku kepada badan anda sendiri. Nak pakai lama, mama! :p

4) Rutin memerah susu hendaklah dijaga dengan penuh konsistensi. Setiap 3-4 jam, 15-20 minit setiap payudara, dan ianya haruslah konsisten. Tanamkan dalam diri susu pasti akan dihasilkan semula jika kitaran supply & demand dijaga. Semakin banyak permintaan (stimulasi dari hisapan bayi atau pam susu), semakin banyak susu akan dihasilkan. Pastikan jadual memerah diisi setiap hari untuk mengetahui perubahan yang berlaku dari segi penghasilan/produksi susu ibu.

5) Ambil makanan penambah susu untuk meningkatkan lagi keyakinan anda. Namun harus diketahui, tidak bergantung harap 100% kepada makanan penambah susu jika rutin pemerahan atau penyusuan tidak diteruskan dengan konsisten kerana makanan penambah susu hanya membantu untuk menggalakkan penghasilan susu, bukan menghasilkan susu.

6) Doa dan doa dan doa yang tidak putus. Niatkan apa yang kita buat ini untuk anak kita, untuk masa depan mereka dan salah satu cara untuk mengharapkan keredhaanNya.

7) Berfikiran positif. Ini AMAT penting. Buangkan semua aura negatif seperti “buang masa je, apa pun tak keluar” atau “boleh ke ni…” atau apa2 kata negatif yang membantutkan aura positif anda. SABAR, itulah kuncinya!

     Sokongan ~ oh sudah tentulah yang paling penting adalah SUAMI. Suami adalah insan yang paling penting untuk memujuk dan memberi deep support pada isteri yang sedang dalam kerisauan dan menjalani satu program yang memerlukan kadar KESABARAN yang amat tinggi. Jadilah tempat untuk mendengar (LISTENING) pada setiap keluhandan kerisauan si isteri. Saya mohon, suami, isteri sedang berjuang untuk anda. Untuk kepentingan zuriat anda, untuk membantu kewangan anda, untuk membentuk peribadi anak2 anda dan berjuang untuk kesihatan dan keselamatan mereka. Yang paling penting, ikatan kasih sayang yang terjalin ketika menyusukan anak atau memberi anak dengan susu ibu itu sendiri. Para suami, cuba tanya diri anda sendiri, adakah anda mampu buat semua seperti di atas? Tidak, kerana kekuatan itu diberi hanya utk wanita yang bergelar ibu. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dan berbuat apa sahaja demi anak2 dan insan yang tersayang. Renungkan Sokong dan bantu isteri anda dalam tempoh ini

Buat Pn Syahirah, Tahniah dan selamat menyusukan sikecil sepenuhnya dengan susu ibu!

Untuk semua ibu yang sedang dalam kesedihan, bangun! Mengapa bersedih? Jangan buang masa mengenang yang lepas. Ayuh, bergerak dan jangan bertangguh. Saya dan ibu2 lain bersama2 anda. Oh, jika nak dibandingkan beberapa tahun lalu, ianya amat sukar. Sekarang, penyusuan ibu bagaikan di mana2. Semua ibu hendak menyusukan anak mereka. Jadi, anda tidak keseorangan!


**credit to Farah Farhan @ Sarakids



Teknik Power Pumping



Pastinya ibu-ibu di luar sana tercari-cari apakah teknik yang paling berkesan untuk menambah susu.. Di bawah ini beberapa teknik yang boleh diikuti untuk menambah pengeluaran susu. Jom baca tentang teknik yang berkesan tentang POWER PUMPING..

Apa itu Power Pumping?
  • Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. 
  • Melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik.
  • Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu. 

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Cara-cara Power Pumping?

1) Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

2) Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

3) Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya pada waktu malam ke subuh, kerana hormon susu terangsang pada waktu ni.Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


          Harus diingat susu tidak terus menjadi banyak hanya dengan sekali melakukan power pumping ini ye. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya seminggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan usaha ibu-ibu sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan mudah putus asa, usaha, doa dan tawakkal, Insyallah segala usaha kita akan dipermudahkan olehNYA…amin.

"SELAMAT MENCUBA"

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


       Dengan lafaz "BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Mulakanlah hari anda dengan mengucap kalimah ini. Moga2 segala perbutan kita mendapat rahmat dari Allah Taa'la.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  • Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  • Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  • Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  • "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
  • Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  • Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  • Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
  • Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Amalan Harian

a) Membaca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala.
b) Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.

Rasulullah bersabda:

“Apabila seorang masuk ke rumahnya dan mengingat Allah (berdzikir) ketika masuknya dan ketika makan, maka setan berkata: “Tidak ada tempat istirahat dan makan malam untuk kalian.” Dan apabila ia masuk dan tidak mengingat Allah ketika masuk, maka setan berkata: “Kalian telah mendapatkan tempat istirahat.” Dan apabila ia tidak mengingat Allah ketika makan, maka ia berkata:”Kalian mendapatkan tempat istirahat dan makan malam”

  • Imam Nawawi berkata, “Dengan demikian, disunnahkan untuk mengingat Allah ketika masuk rumah dan makan.”
  • Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya.”
  • Dilindungi Allah dari gangguan Jin 
  • Dan sabdanya, “Penghalang antara mata jin dan aurat Bani Adam, apabila salah seorang dari mereka melepas pakaiannya, ialah dengan membaca Bismillah.”

Ketika Khalid bin Walid tertimpa kebimbangan, mereka berkata kepadanya, “Berhati-hatilah dengan racun, jangan sampai orang asing memberikan minum padamu,” maka ia berkata, “berikanlah kepadaku,” dan ia pun mengambil dengan tangannya dan membaca: “Bismillah,” lalu ia meminumnya. Maka sedikitpun tidak memberikan bahaya kepadanya. 
 
c) Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.

d) Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.

e) Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.

f) Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.d) Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.e) Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.f) Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.


Renung-renungkan & Selamat Beramal......

Wednesday 1 August 2012

Gadget yang perlu ada untuk exclusive BF!


Bukan sukar untuk beri susu ibu secara exclusive kepada baby..Perlukan kesabaran dan ilmu pengetahuan secukupnya untuk melakukannya dan yang penting! BERI KOMITMEN SEPENUHNYA! Mungkin kita biasa terdengar suara2 yang menyatakan..

"susu ibu x kenyang la..bagi susu formula.."
"alah dia duduk rumah boleh la menyusukan baby dia..Aku kerja mana boleh bagi.. "
"lahir je baby..susu badan memang tak ada..tak dapat nak susukan baby.."
"baby tak nak susu badan..da bagi da kat dia..dia tolak.."
"anak kau tu da besar..bagi je makan..buat apa tunggu 6 bulan.."





dan sebagainya lagi..betul tak? Ada tak para ibu yang pernah mengalami situasi ini..Tapi sebelum anda menyerah kalah..ketahui dulu kebaikan susu ibu yang memberi 100% kebaikan kepada bayi..

  1. Bukankan Rasulullah telah menganjurkan penyusuan susu ibu hingga ke usia bayi 2 tahun?
  2. Bukankah susu ibu itu susu lengkap nutrisinya?
  3. Bukankah susu ibu itu menjadikan IQ anak lebih tinggi?
  4. Bukankah susu ibu menyebab ada special bonding antara ibu dan anak?
  5. Bukankah susu ibu itu lebih steril?
  6. Bukankah susu ibu itu lebih sesuai suhu suamnya?
  7. Bukankan susu ibu lebih mudah penyediaannya?
  8. Bukankah susu ibu itu tidak ada harga yang setandingnya?
  9. Bukankah menyusukan bayi itu boleh mengecutkan uterus lebih cepat?
  10. Bukankah menyusukan bayi itu boleh menurunkan berat badan ibu?
WOW!! dan panjang sangat lagi senarai kebaikan susu ibu ini. Maka para ibu perlu menyiapkan diri dengan beberapa gadget yang menjadi MY WISH LIST untuk menjayakan Kempen Susu Ibu.
Antaranya:


double pam
(jimat masa..sesuai utk mummy yg bekerja)

single pam 
( cari yg elektrik n boleh letak bateri..senang nak bawa p opis or jln2...)




manual pam (guna tangan je..lenguh...)





colector (sambil pam/ nursing baby..
sambil pam / bf baby lagi sebelah miss b boleh letak collector ni..
so susu xde la membazir memancut keluar...



1. Pam susu. Ada 3 jenis pam.
  1. Satu, pam dengan tangan, ini paling neutral dan paling menjimatkan, tapi lenguhlah tangan, bila pula saya nak memerah guna tangan nanti.
  2. Kedua pam manual, sama jugak letih nak menunggu lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang bekerja..
  3. Yang ketiga, pum elektrik, MEDELA FREESTYLE, salah satu contoh pam yang popular yang ada bateri, boleh pam di mana-mana, saiz kecil tapi harga memang tinggi. **saya guna pureen je..ada bateri n boleh juga guna elektrik..senang kan..harga pon tak mahal..
2. Tempat simpanan EBM.. sudah tentunya peti ais kat rumah tu ibu-ibu guna kan..tapi kalau ada budget lebih..boleh beli deep freezer..susu boleh tahan sehingga 6 Bulan..

deep freezer

3. Bekas simpanan EBM. Ini kene beli, ada jenis plastik/liner, bekas dadih (kena tgk ada label tiga segi & ada nombor 5 ye) atau terus guna botol yang penting BPA-free..

guna bekas dadih 
(cara tag..guna salotape putih..klu nk mudah beli tagging lekat tu je..tapi guna salotape mudah nk tanggal..)

contoh guna plastik
botol pastikan bpa free


4. Sterilizer..kalau budget tak ada boleh panaskan guna air panas..

5. Warmer..untuk panaskan susu ebm tu ye..kalau tak ada..boleh juga panaskan guna sukatan 2 cawan air paip..1 cawan air panas..2:1..
warmer..utk mudahkan keje..


6. Botol BPA-free dan puting yang sesuai.

cara simpan ice brick, n ebm dlm cooler bag..

yg ni ice pack


Kalau ada info lagi tentang MY WISH LIST di atas ni, bolehlah kongsi dengan saya..


SUSU IBU, SUSU PALING BAIK DALAM DUNIA.

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّÙ†َا ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù…ُسْÙ„ِÙ…َÙŠْÙ†ِ Ù„َÙƒَ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙ†َØ¢ Ø£ُÙ…َّØ©ً Ù…ُّسْÙ„ِÙ…َØ©ً Ù„َّÙƒَ ÙˆَØ£َرِÙ†َا Ù…َÙ†َاسِÙƒَÙ†َا Ùˆَتُبْ عَÙ„َÙŠْÙ†َØ¢ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َنتَ التَّÙˆَّابُ الرَّØ­ِيم


Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.



**copy paste

Petua Untuk Menyusu Bayi Kembar

Menyusu bayi kembar adalah cabaran yang hebat bagi ibu bapa yang hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu berbuat seperti berikut:

1. Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran 2 bayi (atau lebih) serentak.

2. Bersedia untuk kemungkinan bayi lahir pra-matang

3. Bersedia untuk kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean.

4. Nembuat perancangan corak penyusuan yang akan diberi kepada bayi.


Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang “susu tidak cukup”. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula. Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka.

1. Menyusu Seawal 1 Jam Pertama - Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal 1 jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk menambah berat badan bayi kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir. Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk membantu memposisikan kedudukan ibu untuk menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang awal dengan doktor atau jururawat bertugas hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama sebaik mengetahui pembedahan akan dijalankan.

2. Menyusu Sekerap Mungkin - Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Rujuk rajah posisi penyusuan bayi kembar seperti di bawah. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

3. Banyakkan Berehat - Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.

4. Minum Banyak Air & Makan Makanan Berkhasiat - Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

5. Hadkan Pelawat - Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ianya penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

6. Bersedia dengan Soalan “Cukupkah Susu?” - Soalan ini mungkin akan ditanya oleh ramai orang malah mungkin dari diri ibu sendiri. Biarpun ibu menyedari tentang konsep “demand and supply” dalam proses penghasilan susu ibu namun soalan ini mampu menggugat kepercayaan dan keyakinan ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Abaikan soalan-soalan sebegitu malah tidak perlu berhujah panjang untuk menyakinkan orang lain tentang “cukup susu”. Apa yang penting ialah yakinkan diri sendiri dan pasangan bahawa susu ibu mencukupi untuk menampung keperluan kedua-dua bayi kembar. Banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki untuk anak-anak.

7. Persediaan Susu Perahan - Ibu-ibu perlu bersedia dengan stok susu perahan sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Untuk bayi kembar sudah semestinya keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan mula memerah seawal 2 minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.


**credit to EPML

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~