Nuffnang Ads

Tuesday 15 January 2013

PERISTIWA 12 RABIULAWAL...


‎:: PERISTIWA MENARIK KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W :::

Pada subuh hari kelahiran Nabi s.a.w, keadaan Mekkah dan sekelilingnya ketika itu berada dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa.

Angin yang bertiup sepoi2 dalam keadaan alam ketika itu menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah di rasai oleh penduduk Makkah sebelum ini..

Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh Keluarga Bani Hasyim.

Di negeri Parsi,Kelahiran Nabi kita memadamkan api api keramat kaum Majusi (kaum yang menyembah api) di kuil2 yang selama ni tidak pernah terpadam semenjak di nyalakan.

kelahiran Muhammad s.a.w juga menggoyangkan tiang2 utama Istana Qsrar Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh.

Nabi Muhammad s.a.w lahir dengan membawa panji2 risalah terakhir dari Allah s.w.t untuk ummat manusia.

Kita ketahui dalam sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad s.a.w lahir,dinding2 istana Qisrar retak dan menaranya roboh, api di kuil penyembahan Parsi terpadam,berhala2 yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncang .

Cahaya dari tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang di laluinya.

Anusyiwaran dan pendeta2 mendapat mimpi yang menakukatkan.

Ketika Nabi lahir,Nabi telah tersunat dan tali pusat Nabi pun sudah terpotong.
ketika lahir kedunia,Nabi berkata 

"" Allah akbar, Alhamdulilah..Dialah Allah yang harus di sembah siang dan malam.. "" 

Persitiwa yang mengawal kelahiran setiap Nabi tidak terjadi secara kebetulan.Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan semuanya perencanaan Allah s.w.t 

khususnya berkenaan dengn kelahiran Nabi Muhammad s.a.w baik dalam kitab Taurat mahupun Injil
(semua Nabi2 ni Allah s.w.t pilih bohh..bukan naik dengan pilihanraya ni,Allah s.w.t sendiri yang pilih ..
bila pilihan Allah s.w.t .. jadi hebat lah,dipilih oleh Allah s.w.t sendiri sebagai Kholid/pencipta Alam ni..Nabi pulak datang dari keturunan yang baik2.)

" Dan (ingatlah) ketika 'Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." -( Suratul Saff,ayat 6)


Rujukan: Kitab Biografi Agung Rasulullah s.a.w
3 Rabiul Awwal 1434 (9 hari lagi Maulid Nabi s.a.w)
k.g.b

Coklat Sudu?

Cam pelik plak dengar coklat sudu...ini la dia..
idea mengarut nak wat..rajin bebenar lah kalau dapat buat nih..
tengok gambar je da pandai buat kan..huhu..
semoga berjaya!!








copy paste...

RESEPI POP CAKE..

Besday si kecik da nak dekat..umi terasa rajin pulak nak wat pop cake..utk memenuhkan meja kek nanti..hopefully sempat la buat..salin cara die kat sini dulu...kredit to..lupe da..huhu



cara2 nya

Bahan A: kek
1 kg kek (contoh: butter, chocolate, red velvet) dihancurkan guna tangan jer.. :-)

Bahan B: creamcheese
250g cream cheese
120g gula icing (diayak)
120g mentega/whipping cream (optional)

campur kesemua bahan2 dan putar hingga kembang

(kalau nak mudah lagi boleh gunakan unsalted butter sahaja 50gm)

Bahan C:
200g Dark Chocolate (atau secukupnya)

bahan hiasan

Cara-cara
1) Gaulkan B dalam A smp rata
2) Buatkan bentuk bulat
3) Susun atas loyang dan letakkan dlm peti ais (chiller) selamat 20 min
4) Cairkan C
5) Keluarkan 3 dari chiller dan celupkan dlm C yg telah dicairkan
6) hias mengikut cita rasa
7) masukkan semula ke dalam chiller untuk keraskan choc tadi
8) sedia untuk dihidang

Note: Dark choc boleh di gantikan dgn choc masakan ataupon milk chocolate. Tp dark choc lebih sesuai kerana kurang kandungan gula...


** selamat mencuba **

8 TIPS CARA MENERAN KETIKA BERSALIN



1-menunggu waktu yang tepat- jangan sesekali meneran ketika belum masa nya.tunggu sehingga diarahkan oleh bidan kerana iaakan menyebabkan laluan menjadi bengkak

2-simpan tenaga - jangan buang tenaga dengan menjerit atau meronta.

3-jangan cemas berlebihan sebab ini akan membuatkan otot2 menjadi tegang

4-jika rasa terdorong untuk mneran tarik nafas dalam2 melalui hidung dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama

5-ketika meneran fikiran perlu lah tenang supaya bila kita meneran nafas tak habis.

6-Teran seperti buang air besar.

7-Jangn pejam mata ketika meneran supaya pembuluh darah sekitar mata tidak pecah. usahakan untuk melihat kearah perut.

8-Jangan angkat punggung kerana akan buat vagina terkoyak,.

Diharapkan tips2 ini dapat membantu kawan2. selain tu jangan lupa berdoa pada Allah supaya dipermudahkan.baca doa2 khas untuk bersalin. harap kawan2 yang nak bersalin tu dipermudahkan Allah untuk menghadapi saat2 kelahiran bayi kawan2 nanti..

#cp from piicm

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~