Nuffnang Ads

Wednesday 6 April 2016

Urutan Perineum untuk ibu mengandung...

Assalamualaikum wbt...

pregnant yg ke 3 ni baru lah cik ann jumpa banyak tips2 yang membantu utk elak koyakkan di perineum semasa lahirkan baby..contohnya minum minyak kelapa dara..or minyak zaitun..sejak awal kehamilan..n minum air milo dengan 3 sudu marjerin sebaik saja mula contraction..bagi memudahkan dan melicinkan proses bersalin..memandangkan ini anak ke3..dan dah ada laluan baby untuk keluar so jiran nasihatkan cik ann jangan makan terlalu awal..

lagi satu tips adalah urutan perineum..yg ni cik ann agak ngeri jugak tengok cara dia..haha..penakut..tapi teringatkan pengalaman bersalin ammar solihin yang agak hardcore tu..kali ni cik ann kena lebihkan usaha..huhu...cik ann da beli minyak kelapa dara tanamera..tapi belum mula buat..huhu..harap2 berjaya..

APA ITU KAWASAN PERINEUM?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur..

MANFAAT URUTAN PERINEUM..

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu ibu2..Antaranya:

1 – Kawasan perineum akan menjadi lebih lembut, elastik dan lembab selepas mengamalkan urutan perineum..

2 – Seterusnya, proses melahirkan bayi menjadi lebih mudah dan lancar..

3- Kurang kesan koyakan atau langsung tiada kesan koyakan..in shaa allah..

4- Jika tiada kesan koyakan, luka dibahagian sulit akan cepat pulih, dapat mengelak dari jangkitan kuman dan seterusnya dapat memudahkan pergerakan kita semasa didalam pantang..

Oleh itu, ibu2 digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara asli..Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum..

Urutan ini bukanlah 100% menjamin kita tidak mengalami koyakan @ doktor tak perlu buat potongan episiotomi tetapi sedikit sebanyak membantu mengurangkan koyakan..

Lagi satu urutan ini paling bagus buat selepas mandi @ selepas ke tandas kerana kawasan itu masih lembap..

anak 1st kena episiotomy untuk elak koyak yg terlalu besar...


anak 2nd kena 1st tear degree..atas bawah kena jahit...huhu sakitttt.
.sebab nurse tolong buka jalan masa baru 7-8cm bukaan..
TEKNIK URUTAN PERINEUM

1. Sapukan jari dengan minyak
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angina keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

urutan guna 1 jari
urutan guna 2 jari..


boleh lihat sini untuk teknik urutan yg betul..


k chow..

kredit to sucibyraysha

p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya


No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~