Nuffnang Ads

Thursday 21 April 2016

Kedudukan yang paling selesa untuk ibu ketika bersalin!

Best Positions for Child Birth, How to Move & Position for Pain Free Labor | Relate Center Austin

Bagaimana proses kelahiran bermula!

Assalamualaikum..

Peringkat-peringkat kelahiran

Apabila telah sampai waktu melahirkan, ibu-ibu akan melalui 3 peringkat kelahiran. Bagi membantu menghadapi saat-saat ini, anda boleh:

• bangun dan berjalan-jalan
• minum air atau minuman isotonik untuk mengekalkan tenaga
• makan snek ringan
• minta teman melahirkan menggosok belakang anda bagi mengurangkan kesakitan



Peringkat 1: Servik mula terbuka

Kontraksi membantu melembutkan dan menipiskan servik serta membukanya. Banyakkan berehat dengan tidur atau berendam dalam air panas. Berdiri dan aktif secara perlahan juga membantu bayi untuk turun ke bawah dan servik untuk terbuka. Apabila bukaan melebihi 3cm, kelahiran akan bermula. Bagi kelahiran pertama, masa yang diambil daripada permulaan kelahiran kepada bukaan penuh adalah 6 hingga 12 jam. Anda akan diminta untuk meneran sehingga servik terbuka sepenuhnya dan kepala bayi dapat dilihat. Cuba untuk meghembus nafas perlahan-lahan dan dengan lembut. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, lakukan dengan hembusan pendek.

Jika proses kelahiran dirasakan lama, ia mungkin dipercepatkan dengan memecahkan air ketuban atau memasukkan air yang mengandungi syntocinon dalam darah bagi menggalakkan kontraksi.


Peringkat 2: Bayi turun dan dilahirkan

Peringkat ini bermula dengan servik yang terbuka penuh sehingga bayi dilahirkan. Anda boleh memilih posisi yang dirasakan selesa bagi membantu kelahiran seperti berbaring, berdiri, duduk, melutut atau mencangkung. Jika merasa penat, berbaringlah di sisi. Jika mengalami sakit belakang, melututlah dengan kaki dan tangan.

Apabila servik telah terbuka sepenuhnya, anda akan merasa perlu untuk meneran. Apabila kepala bayi telah kelihatan dan mula keluar, anda akan diminta untuk berhenti meneran dan menarik nafas beberapa kali bagi membolehkan kepala bayi keluar dengan perlahan. Ini memberi masa untuk kulit dan otot perineum meregang tanpa koyakan. Kadangkala bagi mengelakkan koyakan dan mempercepat proses kelahiran, bahagian tersebut akan dibius dan guntingan episiotomi dilakukan.

Peringkat 3: Plasenta merenggang dan keluar melalui faraj

Selepas kelahiran bayi, kontraksi seterusnya akan membantu untuk mengeluarkan plasenta. Anda juga akan ditawarkan suntikan syntocinon untuk menggalakkan kontraksi dan membantu mengeluarkan plasenta.

kredit to my.theasianparent

6 cara membantu kelahiran tanpa koyakan!

Assalamualaikum...

1. Makan makanan yang sihat serta kaya dengan minyak dan lemak yang baik. 
Kenapa? Ini kerana kulit kita akan menyerap apa yang anda ambil dan melalui sistem pencernaan anda. Bagaimana untuk memastikan badan dapat menyerap khasiat makanan secara optimum? Pastikan ibu-ibu membanyakkan mengambil makanan segar atau makanan tambahan yang semulajadi. Jadi, jika anda makan lemak baik, maka otot kulit akan mempunyai kelembapan yang lebih tinggi serta lebih anjal. Makanan yang kaya dengan vitamin E banyak membantu mengukuhkan kekuatan otot tisu kulit. Amalan pengambilan makanan yang sihat dan semulajadi serta minyak kelapa dara dan minyak zaitun banyak membantu dalam menghasilkan tisu kulit yang kuat dan sihat.


contoh vco dari Tanamera..


2. Lakukan Urutan Perineum

Urutan perineum dapat membantu memberikan keanjalan atau elastik pada tisu kulit perineum. Apabila tisu sihat, maka lebih peluang untuk kelahiran tanpa sebarang koyakan.Urutan ini sebaikknya dilakukan 6-8 minggu sebelum kelahiran. Bermula pada usia kandungan 32-34 minggu. Dan ia hendaklah dilakukan SETIAP HARI selama lima minit.

3. Lakukan Senaman Otot Lantai Pelvik

Sebenarnya terdapat dua lapisan otot yang kita bercakap tentang di sini. Terdapat otot dalaman yang lebih dalam yang melapisi dinding faraj (faraj adalah lebih daripada labia atau bibir. Faraj sebenarnya merujuk kepada otot dinding masuk dan sehinggalah ke rahim.

4. Kedudukan bayi yang berada pada Kedudukan Optimum

Ya, kedudukan bayi juga memainkan faktor penting. Kedudukan yang optimum untuk kelahiran bayi adalah dengan kepala ke bawah, dagu terletak ke dalam dalam , tulang belakang menghadap ke luar terhadap perut ibu dan tangan mereka terletak pada badan bayi. Kepala bayi membentuk dengan baik dalam kedudukan ini menjadikannya ia lebih mudah bagi mereka untuk bergerak melalui pelvis anda. Dan jika lengan dan tangan bayi yang turun ini juga amat memberi kesan kepada integriti perineum .

Jadi bagaimana cara untuk meningkatkan peluang bayi berada dalam kedudukan ini? Bagi yang bukan muslim teknik melakukan regangan seperti kucing misalnya dapat membantu merendahkan graviti serta kaedah ini dapat menggerakkan tulang belakang ke hadapan.

Alhamdulillah, jika anda seorang muslim, anda ada banyak masa dengan mempraktikkan sujud yang lama (kedudukan graviti yang rendah dan memberikan lebih ruang pada bayi anda untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik untuk kelahiran).


kedudukan bayi semasa bukaan serviks..


5. Bantuan Doktor dan Jururawat.

Sekali lagi pengalaman bersalin di hospital dengan doktor dan jururawat yang terlatih dan pakar memang sangat-sangat membantu. Jururawat yang sentiasa berada di labour room ketika kelahiran baby saya untuk memantau proses bukaan vagina dan apabila saat kelahiran, ketika kepala bayi hampir dengan bukaan, doktor menyambut dan menyokong dengan lembut kepala bayi dan ini sangat membantu mengurangkan koyakan. Sebaiknya ikut arahan mereka yang pakar. Pastikan, hanya meneran apabila diarahkan.

Satu kajian di Norway yang telah diterbitkan pada Mei 2008 menyatakan, apabila perineum wanita disokong secara manual dan wanita menarik nafas secara dalam dan perlahan (tidak menolak), kepala bayi yang keluar secara alami dan dibantu oleh sambutan pakar membantu kejadian koyakan secara mendadak.

6. Teknik Meneran Yang Betul.

Pernah dengar tak “whatever your lips up here are doing, that’s what your lips down there are doing”- by Ina May Gaskin. Ini dinamakan undang-undang sphincter. Atas sebab-sebab tertentu, otot-otot mulut dan rahang telah dikaitkan dengan otot pembukaan faraj. Jadi, jika anda menahan nafas, maka otot-otot faraj juga akan mengetat dan ini menyukarkan kelahiran. Menghembus nafas secara dalam dan lembut, memberikan ruang di antara gigi belakang dan rahang longgar dan ini menyebabkan lantai pelvik menjadi lebih lembut serta mengurangkan tekanan pada tisu kulit. (klik sini juga...untuk teknik meneran yang betul)

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu yang bakal melahirkan permata hati anda. Apa yang saya kongsikan hanyalah sebagai ikhtiar, usaha kita untuk melakukan yang terbaik. Selepas berusaha kita serahkan segalanya pada yang Esa. Hanya DIA sebaik-baik perancang.

kredit to lachanteq

p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya

Mandi wiladah...

-= [MANDI WILADAH] =-

Disebabkan ramai dah orang duk tanya soalan yang sama saje, so, saya explain secara basic satu kali. Semua kekecohan dan kepeningan yang viral itu terjadi akibat kekeliruan seseorang-dua yang mungkin kurang faham ilmu bab ni atau dia terkeliru dari apa yang dia belajar atau dia belajar dari guru yang jenis tegas/ketat sangat melampau-lampau.
Atau, dia jenis suka belajar hanya dari membaca saje, orang macam ni memang aku bengang. Rasa nak lempang jer.

== APA ITU WILADAH? ==

Wiladah ni maksudnya beranak. Termasuklah jugak keguguran. Walau yang keluar tu seketul darah beku, atau janin tak cukup sifat, atau apa jua bentuk. Tak kira keluarnya bayi itu mengikut faraj, mahupun dibedah kaedah Caeser (ntah betul ke tak aku eja ni), asalkan bayi itu berpindah KE-LU-AR daripada rahim, maka wanita itu dikira beranak.



== WAJIB KE MANDI? ==

1. Dalam mazhab Syafi'ie, Maliki, dan Hanbali, wanita yang melahirkan anak (termasuk keluarnya janin akibat keguguran), maka dia DIWAJIBKAN mandi wiladah. Bila? Wajib mandi dengan segera JIKA TIADA DARAH NIFAS YANG KELUAR. Dalam mazhab Hanafi sahaja tidak diwajibkan mandi wiladah ni.

2. Aik? Kenapa kena mandi wajib disebabkan beranak? Darah tak keluar pon? 
- Sebab ulama-ulama mazhab tersebut meng-qiyas-kan bayi atau janin yang keluar itu sama dengan air mani, kerana bayi itu berasal dari dua air mani (air mani lelaki dan air mani wanita - ikut hukum fiqh). Jadi, bila keluar mani, wajiblah seseorang itu mandi. So, bila dah beranak, which ulama qiyaskan dengan keluarnya mani, maka wajiblah mandi.

3. Dalam kitab Fiqh Manhaji (jld 1 halaman 82, ini adalah kitab Fiqh mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan;

“Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah (sebagaimana yang biasa berlaku), maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas”

== KALAU KELUAR DARAH LEPAS BERANAK CAMNE ==

"Habis? Kalau keluar darah nifas lepas beranak, tak wajib mandi wiladah ke?"
- Wajib juga, sayang. Tapi mandi wiladah tu disekalikan dengan mandi wajib untuk angkat hadas nifas. Tak payah kau nak mandi 2 kali. Contoh nak mudah faham, lepas isyak suami awak mintak bersetubuh. Abis bersetubuh, awak buat air kopi. Lepas minum kopi, suami awak nak second round. So, lepas second round, awak dah 2 kali berhadas kan?

Kalau bersetubuh 8 kali? Camne nak angkat hadas? Time bangun pagi nak solat subuh tu, takkan lah awak nak mandi wajib 8 kali kan? Caranya, mandi wajib satu kali sudah la. Jangan jadi sengal. Islam itu mudah, tak merumitkan. (Tapi jangan dipermudahkan lagi perkara yang dah mudah) So, sama cam kes beranak. Kalau beranak tu terus keluar nifas, maka sekalikan je mandi tu bila dah abis nifas.

== CAMNE NIAT? ==

Kalau awak beranak tak keluar nifas, mandi lah wajib 
"sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah".

Kalau awak beranak dan keluar nifas, lepas abis nifas, mandi lah wajib 
"sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah".

Mudah, kan? Senang, kan? Aku tak paham kenapa ada sesetengah orang suka complicatedkan benda mudah macam ni. Niat mandi wajib bukan macam niat solat yang kena ada qasad, ta'arudh, ta'yiin.

== TAPI KENAPA KENA MANDI WILADAH WALAU TAKDE DARAH? ==

Sebab kau kena solat. Kenapa kau kena solat, sebab takde darah keluar.

== SAYA KURANG PAHAM LA ==

Tempoh maksimum keluarnya darah nifas dalam mazhab Syafi'ie ialah 60 hari. Selepas 60 hari, jika masih keluar darah, itu namanya darah istihadah, bukan lagi darah nifas, maka wajib wanita itu mandi, dan solat. So, di sini, dia just kena mandi sekali je lah. Sekalikan mandi wiladah dengan mandi nifas. Niatnya "sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah".

Analogi contoh-contoh untuk mudah faham:

>>Contoh Mandi Wiladah + Mandi Nifas disekalikan:

1) Beranak, terus keluar darah selama 46 hari =
- Nifas. Mandi sekali sahaja selepas tamat darah nifas (mandi wajib disekalikan dengan mandi wiladah)

2) Beranak, terus keluar darah selama 68 hari =
- Nifas 60 hari, 8 hari istihadah. Mandi satu kali selepas 60 hari (pada hari ke 61) dan wajib solat bermula dari hari ke 61 meskipun darah masih keluar.

>>Contoh Mandi Wiladah & Mandi Nifas diasingkan:

3) Beranak, tiada darah 3 hari, keluar darah pada hari ke-4 sampai hari ke 50 =
- Wajib mandi lepas beranak (mandi wiladah), jika tiada darah keluar dari kemaluan walau setitik. Wajib solat 3 hari tu dalam kedudukan sekadar mampu (tak larat berdiri, duduk, tak larat duduk, baring). Tidak harus solat pada hari keluar darah pada hari ke-4. Hari ke 50 apabila berhenti darah, wajib mandi (mandi nifas) dan solat.

4) Beranak, tiada darah 6 hari, keluar darah pada hari ke-7 sampai hari ke 56 =
- Wajib mandi lepas beranak (mandi wiladah), jika tiada darah keluar dari kemaluan walau setitik. Wajib solat 6 hari tu dalam kedudukan sekadar mampu (tak larat berdiri, duduk, tak larat duduk, baring). Tidak harus solat pada hari keluar darah pada hari ke-7. Hari ke 56 apabila berhenti darah, wajib mandi (mandi nifas) dan solat.

== SAYA TENGOK ADA DARAH KELUAR TAPI SIKIT JE. LAP PAKAI 2-3 HELAI TISU, HILANG DAH DIA ==

Awak kena bezakan darah tu samada dia datang dari DALAM kemaluan ke tidak. Kemungkinan darah tu cuma darah bekas jahit sahaja (yang doktor potong serong tu, untuk baby senang keluar tu). Darah jahitan atau darah dari placenta/uri, tak dikira nifas. Mudah kata, bila keluarnya baby tu, cecair yang berasal dari dalam kantung baby tu, tak dikira nifas. Tak paham? Gi belajar biologi. Nak explain susah.

== KESIMPULAN ==

1. Lepas beranak, tak keluar darah atau darah lambat keluar, wajib mandi wiladah dan kena mandi nifas pulak (kalau ada keluar darah tapi selang beberapa hari selepas beranak)

2. Lepas beranak terus keluar darah nifas, wajib mandi satu kali saje lepas nifas terhenti.

Belajar. Jangan dari internet, mahupun google, mahupun sekadar membaca tanpa difahami dengan bertanya direct dari guru. Menuntut ilmu secara berdepan dengan guru adalah terbaik. Bukan kena one-by-one. Kalau kat masjid-masjid surau-surau ada kelas agama ke ceramah ke, pergi. Walaupun anda dah tua bangka, pergi je.

Sumber: 

1. Hasil pembelajaran dengan Ustaz Hairol Nizam al-Azhari al-Malizi.
2. Fiqh Manhaji
3. al-Majmu' Imam Nawawi
4. Ensiklopedia Fiqh Wanita, Dr Abdul Karim Zaidan.

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~